Source extracted from
http://illuminatidajjal.blogspot.com/2010/02/tamadun-unik.html
Tamadun Unik
One of the topics that intrique me to have a look and read through it. I like articles from this blog. And I would like to express my thanks to the owner of the site "illuminatidajjal". Thanks for the awareness.
Penjajahan minda adalah salah satu konspirasi yang dibawa oleh orang-orang Barat bagi memecah belahkan negeri-negeri yang berlandaskan Islam. Seperti yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid dalam bukunya, Hijab Sang Pencinta, dimana Portugis telah berlabuh di bumi berdaulat, Melaka dan dari situ penjajahan minda bermula...
Seperti sekarang, kita lihat contohnya, hiburan seperi kelab malam, atau karaoke atau shopping adalah antara contoh-contoh penjajahan minda sedang berlaku. Sekarang kalau kita lihat di shopping complex, makin ramai jenama-jenama barat yang menakluki sesebuah shopping mall. Memandangkan ia jenama dari Barat,tak kira samada barang makanan atau pakaian atau barangan seperti kasut dan beg, kita akan berfikir, "yang branded ni mesti tahan dan lagi wow!"
Atau majlis-majlis perkahwinan sekarang lebih cenderung pada gamelan, atau karaoke dimana tetamu bersuka ria menyanyi.. Kenapa tidak dihiasi dengan lagu-lagu agama? Bukan kah lagi afdal dan menimbulkan kesedaran dan keinsafan? Oh tidak, nanti orang kata "tak standard" atau "kuno"! Yes itu pun salah satu contoh penjajahan minda.
Satu lagi, birthday atau hari lahir disambut dengan meriah, dengan cake dihiasi lilin.. Bukan ke lagi afdal sekiranya, hari lahir disambut dengan doa kesyukuran.. atau dari berbelanja yang bukan-bukan untuk "birthday celebration" kan lebih baik sedekakan makanan pada yang memerlukan? Lagi dapat pahala.. "oh tak, mana ada orang buat cam tu? tak best lah" - itulah kata-kata orang yang aku kira buta hati!
Banyak lagi contoh-contoh penjajahan minda yang tidak kita sedari telah banyak mempengaruhi hidup kita seharian. "Auzubillah himinash syaitanirajim". Sesungguh aku berlindung pada Allah SWT dari syaitan yang direjam!
Bukan niat untuk "tembak" sesiapa cuma untuk kesedaran kita sehaja.. Semoga Allah melindungi sekalian muslimin diserata dunia. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment