Kenapa ramai bangsa Cina di rumah tumpangan orang tua?
Satu soalan yang ramai sudah tahu jawapan nya tapi hanya mendiamkan diri sahaja kan? Sungguh aku bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam kerana sesungguhnya Islam itu sebuah agama yang cukup adil, sistematik, lengkap dan ianya penawar. Kita diajar menghormati kedua orang tua kita... walaupun hidup tidak sekaya seperti orang cina ni, orang melayu tetap menjaga kedua orang tua mereka... Jarang sekali kita lihat orang melayu ni menempatkan kedua orang tua mereka di rumah tumpangan orang-orang tua. Alhamdunillah.. Namun hanya segelintir sahaja yang melakukan sedemikian.. alasannya? Hanya Tuhan sahaja yang tahu..
Kesian kan kalao kita tengok, ramai penduduk rumah-rumah tumpangan (Old Folks Home) ini biasanya terdiri dari orang-orang cina.. Bayangkan, semasa anak baru dilahirkan, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, bila sudah tua dan tidak berdaya, anak mereka yang sudah dewasa itu tidak mahu menjaga orang tua mereka.. lebih-lebih lagi jika salah satu diantara orang tua mereka itu sudah tiada.. Kesian kan?
Namun tak kurang juga suara-suara makcik-makcik yang duduk serumah dengan anak sendiri tapi tidak dilayan sepatutnya.. Ada yang kata, " aku duduk ajer rumah anak, tapi aku yang tanggung anak aku, dia tak kerja. Mana nak dapat duit?" dan ada pula yang kata, "makcik dah takde sesiapa lagi.. tinggal anak makcik ni sorang.. dari dia buang makcik kat rumah orang tua-tua, makcik rela duduk dengan dia walaupun dia tak suka makcik duduk dengan dia.."
Hmmm.. macam mana tu? Letak kat rumah kebajikan orang tua salah, tinggal serumah pun salah! Jadi macam mana? Hmmm rasanya, seelok-eloknya, ibu bapa sepatutnya ada rumah sendiri dan tak usah dijual rumah itu semata-mata nak tinggal dengan anak.. Belum tentu mereka akan bahagia.. meskipun sunyi tinggal sendirian namun mereka tak usah bimbang dan tidak perlu takut sekiranya anak mereka sendiri tidak betah mereka tinggal serumah. Rasanya, itu yang sebaik-baiknya kan???
Jangan lah kita susahkan mereka setelah mereka susah payah membesarkan kita... Jangan dibolot harta mereka (ini khas dan khusus untuk mereka yang nak "cekup" duit CPF mak bapak) kerana mereka berhak tentukan masa tua mereka dengan apa yang tinggal untuk mereka. Misalnya, lebih afdal sekiranya, mereka tunaikan haji atau umrah dengan harta mereka yang tinggal atau jika mereka gunakan untuk jalan ibadah. Janganlah kita susahkan mereka dengan kehidupan duniawi kita yang hanya sementara.
Renungkan lah.. Semoga kita terdiri dari anak-anak yang baik, soleh dan solehah! InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment