Sunday, 10 April 2011

MATI

Ok.. let see.. i wanna go Malay today.. Topik kali ini.. MATI!

Ada yang gerun kalao cakap pasal topik mati ni. Kalao kena orang Cina, katanya "Bad Luck" atau "Suay" (Dalam bahasa cina).. Kenapa mereka kata bad luck? Kenapa mereka takut pada mati? Sebab mereka takut kehilangan harta dunia! Yes.. takde jawapan lain.. itu sahaja jawapan nye.. mereka tak kenal alam barzakh.. mereka tidak percaya pada Kiamat.. malahan mereka penyembah berhala yang tak penah mengajar mereka tentang hukum dunia dan akhirat (macam mana tu eh? lol..) Jadi, kesian kan mereka?

Sepatutnya kita harus terima setiap yang hidup itu pasti MATI.. kerana kuasa nyawa itu datang dari yang Hak, Ya Rab.. Tuhan sekalian Alam yang menghidupkan dan juga mematikan. Nyawa ini sesungguh nya milikNya..dan dipinjamkan pada kita untuk mentaati perintahNya.. Lupa kah kita? Lupakah kita bahawa setiap nafas adalah nyawa setiap hambaNya? Lupakah kita bahawa Mati itu Pasti, dan Hidup itu InsyaAllah (dengan IzinNya) ?
Mukmin secara keseluruhannya percaya pada Mati.. tidak takut pada Mati kerana Mati itu hadiah dari Allah. Mari kita teliti cara kehidupan seorang mukimi yang percaya pada qadak & qadar Allah.

Jika seorang bayi kecil meninggal dunia diatas sebab-sebab tertentu,

kita kata, "Reda kan dia pergi, mungkin kalao dia hidup akan tersiksa dengan kekayaan dunia"

Jika seorang Muslim meninggal kerana sakit,

kita kata, " Tuhan lebih menyayangiNya..."

Dari sini, kita tahu bahawa orang-orang yang beragama Islam tidak takut pada Mati.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Ali Imron: 102)

Dengan itulah Allah menyifatkan para Nabi-Nya dan orang-orang shalihin dari hamba-hamba-Nya. Allah berfirman menceritakan tentang Nabi Yusuf putera Nabi Ya’qub dalam mengharapkan wafat di dalam Islam:

Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shalih. (Yusuf: 101)

Begitu pula Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun yang bertaubat dan beriman pada Allah, lalu Fir’aun mengancam mereka dengan siksaan.
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami sebagai Muslim (berserah diri kepada Allah). (Al-A’raf: 126)

Kemudian Allah menceritakan pula tentang Nabi Ibrahim as dan Nabi Ya’qub as, yang keduanya
telah berwasiat kepada anak-cucunya agar mati dalam keadaan Islam.
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”. (Al-Baqarah: 132)

(Habib Abdullah Al-Haddad, An-Nashaihud Diniyah wa Washayal Imaniyah)

Dari itu, doa sebaik baik doa adalah Mati dalam Iman..

Sesungguhnya,

Mati itu Pasti & Hidup itu InsyaAllah
(Petikan dari Ramlee Awang Murshid)

No comments:

Post a Comment