Sunday 11 September 2011

Pantang orang

Kalao kita cakap pasal pantang orang mengandung, nanti macam-macam yang kita dengar.. Tak boleh itu, tak boleh ini.. Pendek kata, semua tak boleh buat! Tak boleh jahit baju, tak boleh duduk atas batu, tak boleh tengok bulan, tak boleh tengok matahari, tak boleh tido siang..macam-macam tak boleh. Lepas tu, apa yang boleh? Takkan nak duduk ajer sepanjang hari?  Jadi apa yang orang mengandung boleh buat? Hairan kan?

Bukan nak kata apa lah, cuma kadang-kadang pantang larang ni ada yang tak masuk dek akal. Cuba fikirkan seperti "kalao nak keluar kena bawak jarum jadi cik pon tak ikut balik". Tak penah tahu pulak, pontianak ni takut pada jarum atau benda tajam.. Pada pendapat dan pemikiran saya, bukan ke ayat-ayat suci Allah yang "dorang" ni takut kan.. Kalimah Bismillahirahmanirahim sahaja, InsyaAllah, dapat pertolongan dan perlindungan Allah. Jadi kenapa mesti nak kena bawak jarum atau apa-apa lagi yang tajam? hmmm.. Musykil betul!

No comments:

Post a Comment