http://syiarislam.wordpress.com/2011/08/29/allah-maha-pengasih-%d8%a7%d9%84%d8%b1%d9%8e%d9%91%d8%ad%d9%92%d9%85%d9%8e%d9%86%d9%90-ar-rahman/
Allah itu Maha Pengasih..
Bila kita baca Bismillahirahmanirahim.. maknanya.. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seperti kita tahu.. sayangNya Allah pada hambaNya, tiada tandingan.. Tanpa kita sedar.. Nikmat yang Allah beri pada kita tidak terbanding.. kenapa? Kerana Allah sayang pada hambaNya.. walaupun hambaNya ingkar, namun sekiranya dia Insaf and Allah menerima taubatnya, maka terampun dosanya.
DiberiNya petunjuk bila kita sesat
DiberiNya hikmah disebalik dugaan
DiberiNya Keampunan di sebalik keinsafan
DiberiNya Pahala pada setiap kebaikan
DiberiNya ganjaran pada setiap keihklasan
DiberiNya rezeki di setiap usaha yang dikerja kan
MasyaAllah.. Bila dibaca artikel yang di atas (Link di atas), betapa kecilnya diri ini disisi Allah. Betapa kerdilnya diri ini di mata Allah.. Sungguh kita tak layak ke Syurga Allah namun tidak pula kita sanggup untuk ke Neraka Allah.
Salah satu nikmat Allah: (secara ringkas)
Air yang diturunkan Allah, diberikan pada kita percuma.. namun, atas ketamakkan sesetengah manusia di muka Bumi ini, air perlu dibayar untuk diminum.
Pasangan hidup kita yang ditentukan Allah, sebenarnya adalah pilihan terbaik dari Allah.
Allah tentukan siapa Ibu kita kerana Dia Maha Mengetahui.. Sesungguhnya.. lelaki yang baik dijadikan untuk perempuan yang baik..begitu juga Ibu yang baik akan menjadikan anaknya sebaik-baik manusia.. InsyaAllah.
Allah jadikan destinasi pilihan kita di Akhirat kelak.. Syurga atau Neraka... Allah beri kita kebebasan untuk kita memilih jalan hidup yang betul.. kita sendiri yang memilih dan Allah yang menentukanNya. Sesungguhnya yang Baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.
Allah beri kita Dugaan..sebab apa? Sebab Allah nak beri Syurga pada kita.. dengan syarat tabah dan iman dalam menangani dugaan Allah. Allah tidak sekali-sekali menganiayai hambaNya kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.. Dia tahu kita mampu mengharungi dugaanNya.. Ingatlah setiap Dugaan Allah itu maknanya, Allah sayang kita.. Tiada yang lebih nikmat dari itu...
Subhannallah..
No comments:
Post a Comment