Raya Tahun 2011 ni memang sedikit berlainan dari tahun-tahun yang lepas. Sebabnya, tahun ni, aku beraya dengan suami!!! Yeay!!! Tak tahu nak rasa apa? takkan sedih kot? hehehe.. mestilah happy... first time beraya tak macam selalu.. yelah tahun ni ada rumah mertua nak kena pergi.. dah tak ikut "schedule" mak lagi..hehehe..
Persiapan raya? Hmmm.. tak lah banyak sangat.. tak beli baju raya pun.. sebab masa kahwin tu, ada dapat satu pasang baju melayu berwarna "off-white" so pakai yang tu je lah.. Tahun ni jugak tak sempat nak ke bazaar ramadhan geylang.. entah kenapa semacam busy.. sampai takde masa nak gi Bazaar tu..lagipun tahun ni, aku lah yang kena siapkan juadah berbuka puasa.. tak lah hebat sangat.. janji boleh makan! hehehe..
Suami pulak sibuk dengan kerja.. selalu jugak dia berbuka & terawih kat Masjid Haji Salleh (berhampiran dengan tempat kami bekerja) lepas tu sambung balik bertugas... hari Isnin sampai Khamis, macam tu lah citernya.. tapi aku tahu dia penat bekerja sehari suntuk.. kadang-kadang tu aku suara-kan niat suruh bekerja kat company lain.. yelah.. kalao dah hari-hari balik lambat pun tak bagus jugak kan..
Kuih - memang tak buat.. maklum lah aku duduk ngan makcik sementara tunggu rumah sendiri jadi takde lah kebebasan nak buat kuih sendiri.. so tahun ni, aku banyak makan dari buat kuih hehehe..
Bila dah raya, lain pulak bunyinya.. sebab dah tak dengar suara mak kejutkan kita pagi-pagi.. ni kena bangun sendiri.. haizz.. rindu kan kat mak? :) lepas tu tak dengar tawa senda adik-beradik sendiri.. Mungkin ni namanya perkahwinan... walau apa pun, aku cuma berharap, segala kebaikan yang kita buat di bulan ramadhan diberkati Allah.. :)
No comments:
Post a Comment