Wednesday, 7 November 2012
Tanggungjawab suami.
Isteri : "mana duit nafkah i bulan ni?"
Suami : "nanti-nanti lah"
Isteri: "Tapi duit makan dan minum i macam mana?"
Suami : "eh u kan bekerja, makan minum u tanggung lah sendiri.."
Seringkali kita dengar nafkah seorang isteri diperlekehkan suami. Adakah disebabkan kaum wanita keluar bekerja bermakna putuslah nafkah makan dan minum si isteri dari suami. Bukan ke itu satu tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh suami? Perlu ke seorang isteri taat pada seorang suami yang menzalimi hidupnya dan tidak beri dia nafkah yang cukup dan sepatutnya?
Apa yang saya fahami setelah merujuk pada pakar-pakar agama..
Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi isterinya, menyediakan tempat tinggalnya, menanggung makan minumnya dan jugak pakainya yang seadanya. Walaupun si isteri punya wang atau harta sendiri, masih tetap tanggungjawab suami untuk menyediakan dan memberi nafkah yang sepatutnya pada isterinya.
Untuk seorang isteri taat pada suaminya, maka perlulah suami melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya pada isterinya. Bak kata pepatah, sebaik-baik suami adalah suami yang paling lembut dengan isterinya.
Hati seorang isteri yang baik adalah sangat lembut. Jangan disakiti hatinya kerana dia lah ibu pada anak-anakmu.. Dia lah permaisuri dalam rumahtangga. Dia lah penenang jiwa seteleh penat seharian bekerja. Dia lah sayap kiri seorang suami. Tanpa kehadiran seorang isteri, apakah lengkap makna sebuah perkahwinan.
Bahagia ke seorang suami tanpa isteri disisi?
Tanggungjawab seorang suami itu amat penting kerana apabila seorang isteri dijaga dan dididik dengan betul, InsyaAllah rumahtangga akan damai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment