Thursday, 22 November 2012

Jahat kan?

Dalam banyak movie melayu..aku paling minat tengok citer Ombak Rindu.. sebabnya? Bukan kerana pelakonnya ajer.. tapi jalan ceritanya teramat lah menarik.. Rasanya ditambah dengan pelakon handalan seperti maya karin.. haizz.. makin best lah citer.. movie ni jugak ada sedihnya.. dan tak kurang pulak jahatnya..

Yang paling aku benci, bila tengok jahatnya mak mertua yang suka menghasut pada anak lelaki dia.. sanggup gunakan emotional blackmail.. konon tak sayang mama lah.. bila tengok mak mertua-mak mertua jahat macam ni lah.. yang buat aku cukup sedih.. kenapa ya? Kenapa mereka tak boleh nak lepaskan anak lelaki mereka pada wanita pilihan mereka? Apa yang dorang takutkan sangat???

Dan ada pulak yang sanggup rosakkan rumahtangga anak mereka agar mereka berpisah dari isteri... Nauzubillah..mohon dijauhkan orang sejahat sedemikian rupa..

No comments:

Post a Comment