Citer kali ni.. nak cakap sikit pasal mertua.. yelah kita ni bila dah kahwin, tak lari dari isu mertua vrs menantu kan?
http://jemariberapi.wordpress.com/
Blog yang diatas tu memang aku favourite nak baca segala coretan dia.. memang jemari berapi!! I loike!! Yang paling menarik perhatian aku is tajuk Tips : Tinggal Bersama Mertua! Seram Sangat Ke?
Seram ke? hmmm ikutkan tak lah seram sangat lain lah kalao mak mertua tu bukan sahaja berupa cam hantu , perangai pulak mengalahkan hantu.. itu bukan seram lagi, dah masuk tahap seram yang cukup kritikal.
Aku ni bukan lah dalam kategori menantu pilihan.. (cam mana nak jadi menantu pilihan? belum kenal dengan bakal mak mertua, bakal mak mertua dah mula "kanchong spider" kononnya dia takut kehilangan anaknya lepas anaknye berkahwin.. kira bukan salah aku lah kan??) Kalao boleh aku tak nak tulis yang buruk-buruk dalam blog aku yang kira boleh tahan lah cantiknya.. so dipendekkan pada semua bakal yang nak jadi mak mertua atau dah pun jadi mak mertua, jgn lah over sangat bila anak lelaki tu dah ada pilihan hati..
kadang-kala mak mertua ni tak sedar yang dorang dah over sangat.. sanggup gunakan apa saja janji si anak lelaki tetap tunduk pada si ibu and lupakan isteri.. Mak mertua ni ada bermacam jenis.. memang dia ibu mertua tapi tak semuanya yang baik.. (aku salute habis pada yang baik tau!! memang susah nak dapat mak mertua yang cukup baik)
So aku compile kan jenis-jenis mak mertua yang sekian adanya.. (well terserah korang lah nak terima ke tak..,sekadar ulasan saja)
Jenis-jenis nya :
yang gunakan airmata - konon si anak dah buat mak menangis.. Dosa!
yang gunakan kaki.. - hah ni bukan bab mak terajang anak.. tapi si mak ni akan cakap, "bini memang bini.. tapi syurga kau tetap bawah kaki aku ni!"
(Bab yang ni memang dasyat! Sebab selalunya mak -mak yang camni kalao boleh elakkan dari jadi mak mertua kita.. sebab nanti bukan dia senangkan hidup kita, hidup laki bini, dia kucar kacirkan.. ni aku panggil "sakit -darurat" ) Pada aku lah kan, semua anak yang dididik dengan betul akan tahu syurga anak tu bawah telapak kaki mak, jadi tak payah lah nak ingat si anak, lagi "obvious" bila si anak tengah nak masuk alam rumahtangga.
yang gunakan mulut - ni jenis mak mertua yang mulutnya banyak makan "cabai"..mulut pedas gila.. segala yang dicakap, telinga confirm panas.. tak cukup ngan tu, nanti cerita kelambu pun dia nak bercerita kat orang.. sakit kan telinga.. kalao tak camtu, nanti ada ajer sindiran yang pedas yang dia nak campak kat kita.. cam lah kita lahir takde telinga..
hmmm.. rasanya cukup lah.. aku tak kata semua mak mertua jahat... aku percaya ada ramai yang baik cuma disebabkan segelintir yang jahat, maka semua perempuan naik takut kalao ter-dapat mak mertua "jahat"..
Conclusion: Walau apa pun orang nak niat jahat ngan kita..(tak kira lah sesiapa..tak semestinya mak mertua) ingatlah, berdoa pada Allah agar kita sentiasa dilindungi.. walaupun kita bukan menantu pilihan, yang penting kitalah pilihan terbaik yang Allah tentukan buat suami kita.. Tu paling penting! :)
p/s: mintak maaf lah banyak-banyak mak mertua yang ada diluar sana, kalao ada yang terasa.. whoops.. sorry but the truth do hurts!! Ouch!!!
No comments:
Post a Comment