Wednesday, 7 November 2012
Tanggungjawab suami.
Isteri : "mana duit nafkah i bulan ni?"
Suami : "nanti-nanti lah"
Isteri: "Tapi duit makan dan minum i macam mana?"
Suami : "eh u kan bekerja, makan minum u tanggung lah sendiri.."
Seringkali kita dengar nafkah seorang isteri diperlekehkan suami. Adakah disebabkan kaum wanita keluar bekerja bermakna putuslah nafkah makan dan minum si isteri dari suami. Bukan ke itu satu tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh suami? Perlu ke seorang isteri taat pada seorang suami yang menzalimi hidupnya dan tidak beri dia nafkah yang cukup dan sepatutnya?
Apa yang saya fahami setelah merujuk pada pakar-pakar agama..
Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi isterinya, menyediakan tempat tinggalnya, menanggung makan minumnya dan jugak pakainya yang seadanya. Walaupun si isteri punya wang atau harta sendiri, masih tetap tanggungjawab suami untuk menyediakan dan memberi nafkah yang sepatutnya pada isterinya.
Untuk seorang isteri taat pada suaminya, maka perlulah suami melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya pada isterinya. Bak kata pepatah, sebaik-baik suami adalah suami yang paling lembut dengan isterinya.
Hati seorang isteri yang baik adalah sangat lembut. Jangan disakiti hatinya kerana dia lah ibu pada anak-anakmu.. Dia lah permaisuri dalam rumahtangga. Dia lah penenang jiwa seteleh penat seharian bekerja. Dia lah sayap kiri seorang suami. Tanpa kehadiran seorang isteri, apakah lengkap makna sebuah perkahwinan.
Bahagia ke seorang suami tanpa isteri disisi?
Tanggungjawab seorang suami itu amat penting kerana apabila seorang isteri dijaga dan dididik dengan betul, InsyaAllah rumahtangga akan damai.
Saturday, 14 July 2012
Apabila...
Apabila kepercayaan mula pudar dalam perkahwinan,
apabila orang ketiga mula memainkan peranan,
apabila iblis mula menghasut,
apabila iman tidak selari dengan dakwah,
apabila bertuhankan EGO,
maka samalah dengan retak menanti belah...
apabila orang ketiga mula memainkan peranan,
apabila iblis mula menghasut,
apabila iman tidak selari dengan dakwah,
apabila bertuhankan EGO,
maka samalah dengan retak menanti belah...
Saturday, 19 May 2012
Dugaan rumahtangga
Kisah Suami Isteri
Seringkali kita tanya mengapa ada perbalahan dalam kehidupan rumahtangga.. nak dikatakan rumahtangga ni memang banyak cubaan dan dugaan. Orang tua-tua suka kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam banyak-banyak dugaan rumahtangga, ada beberapa yang menarik untuk aku tulis.. salah satunya..ni sila baca kat bawah ni...
Satu contoh:
Kisah seorang suami yang tinggalkan isteri disaat-saat isteri sangat memerlukan suami. Saat-saat indah diawal perkahwinan memang indah sekali.. selepas 6 bulan melayari bahtera perkahwinan, si isteri sudah pun berbadan dua. Suami mana yang tak suka kan? Orang kata anak ni penyeri dalam keluarga. Isteri berharap sangat dengan kehadiran anak yang bakal dilahirkan, maka bertambah sayang lah si suami padanya. Sembilan bulan dia lalui pengalaman mengandung anak sulung. Anak yang dinanti dengan penuh harapan. Selama sembilan bulan itulah, terserlah kasih sayang suami pada isteri. Sinar matanya dan air mukanya jelas mempamerkan sayangnya dia pada isterinya.. Isterinya ditatang bagai minyak yang penuh. Dari situ, isteri mula merasakan indahnya alam rumahtangga dan lagi dengan kehadiran anak yang bakal dilahirkan... siapa yang tak mahu kan?
Setelah genap sembilan bulan, maka lahirkan putera sulung mereka. Comel sekali.. mana ada baby yang tak comel ye tak? ;) Si isteri percaya dengan kehadiran anak ini, makin bertambahlah kasih sayang suami pada mereka berdua. Saat isteri sarat mengandung, dia terpaksa lalui perlbagai kesukaran, yelah bagi yang dah pernah ngandung, mesti tahu kan? ;) Pada bulan kelapan dalam kehamilannya, Doktor mengesahkan yang bayi dalam kandungan dah stabil untuk lahir secara normal. Tiba pada genap bulan, iaitu setelah sembilan bulan, Doktor mengesahkan lagi yang bayi dalam kandungan dalam keadaan "breech", kata orang melayu pasar.. "song-sang" gitulah bunyinya.. bayangkan keadaan seorang isteri yang terpaksa menerima hakikat yang dia akan lahirkan anaknya secara ceasarian. Antara lahir secara normal dan ceasarian, ramai yang tahu ceasarian mengambil masa yang agak panjang untuk pulih daripada lahir secara normal. Suami kata, "takpe kalao dah macam tu kehendak Tuhan, kita terima ajer.." (senang kan orang lelaki ni cakap, padahal bukan dorang yang nak beranak pun!) Alhmadunillah, bayi itu lahir normal walaupun dengan cara ceasarian. Bayangkan bahagianya pasangan ni kan?
hah.. ia tak berakhir disitu.. tapi ianya bermula dari situ... suami bawak isteri balik ke rumah orang tuanya, walaupun sebelum ini, mereka duduk menyewa.. sebabnya: mereka mahu hidup berdikari setelah bernikah. Si isteri sebenarnya keberatan mahu tinggal bersama mertua kerana dia tahu sangat yang mak mertua dia ni lain cetak sikit! Mak mertua dia ni jenis memang tak suka dia dari mula.. bukan kerana si isteri ni jahat.. tapi sebab dia (mak mertua) kata dia tak hilang anak dia kalao anak dia dah kahwin.. boleh macam tu ke? nak kata jenis insecure, boleh jadi kot? nak kata tak ada laki, laki masih bernafas lagi, nak kata anak dia sorang ajer lelaki pun tak lah jugak sebab dia ni ada 2 lagi anak lelaki lain. Nak dipendekkan, sewaktu sebelum kahwin lagi, memang orang tua ni sedaya upaya mahu mereka berpisah.. dia nekad sangat tidak mahu anaknya berkahwin atas alasan tak nak hilang anak.. tak tahu lah dia belajar dari ulama mana yang kata, akan hilang anak kalao anak nak menghalalkan yang haram, iaitu melalui menikah.
kononnya, suami pujuk isteri yang mak dia boleh jaga isterinya sepanjang tempoh pantang.. walaupun isterinya tak yakin dengan kenyataan tersebut, namun dia tabah jugak dengan kehendak suami, sebab terlalu sayangkan suami yang telah banyak curahkan kasih sayangnya sepanjang kehamilan dan perkahwinan mereka, isteri pun setuju, walaupun berat hatinya.
kita semua tahu kan tempoh pantang bersalin adalah 44 hari, namun selepas 10 hari isteri bersalin, suami terus angkut kain baju anak dan isteri dan terus hantar dia pulang kerumah orang tua isteri. Si isteri tak tahu apa yang berlaku.. namun sepanjang 10 hari itu, mak mertua pandai betul main peranan. Sewaktu anaknya keluar bekerja, dia langsung tak endah pada menantunya yang masih belum pulih.Makan minum orang berpantang pun dia tak tahu.. selama sepuluh hari tu, dia bagi menantu dia makan lauk nasi dengan kuah air dan ikan masin...tiap-tiap hari!! cuba bayangkan.. Boleh muntah kan kalao hari-hari orang bagi kita makan ikan masin! Ikan masin tau..bukan ikan biasa! Namun apabila si anak pulang dari kerja, lalu dengan secara automatik mak dia boleh maniskan muka sambil konon nak ambil berat tentang menantunya. Si isteri tahu dan sedar semua tu..namun dia diamkan diri depan mertuanya dan dia cuba mengadu pada suaminya.. tapi memandangkan mak mertua pandai sangat berlakon depan anak dia, jadi si anak ni pun tak percaya lah. Tiba suatu masa, si isteri tak sengaja mempamerkan ketidakpuasan hatinya.. yelah orang baru bersalin..emosi belum stabil. Ditambahkan dipaksa duduk dengan mertua dan suami sikit pun tidak mahu memahami perasaan selama dia berada di situ. Dan pada waktu yang sama, si isteri nampak mak mertua berbisik dengan suaminya dan sejurus selepas itu, suaminya naik berang. Tak fasal-fasal dia marahkan isteri nya..tanpa sebarang alasan dan tanpa diberi peluang untuk si isteri bercakap.
Suami hantar isterinya pulang ke rumah mertuanya, dengan anak yang masih merah.. yang masih belum mengerti apa-apa lagi.. dari situ, dia tinggalkan isteri seorang.. walaupun dia tahu ibu dan bapa mertuanya bekerja, dah samalah dengan dia tinggalkan isteri dan anak nya sorang-sorang. Walaupun dia tahu isteri merayu jangan ditinggalkan..
Dengan kudrat yang ada, si isteri lah yang jaga anaknya siang malam tanpa mengharap apa-apa pertolongan dari sesiapa..namun tiap pertolongan yang dihulurkan, dia amat bersyukur. Si isteri yang bangun malam untuk menyusu anaknya, walaupun dalam keadaan yang belum sepenuhnya pulih. Siang malam isteri menangis..sedih kerana ditinggalkan disaat-saat dia sangat perlukan suaminya.. kerap kali dia hantar pesanan ringkas pada suaminya..merayu..jangan ditinggalkan dia dan anak mereka. Namun hanya jawapan yang kasar yang diterima dari suaminya. Ditambahkan lagi suami menuduhnya depression. Pelbagai cacian, pelbagai tohmahan yang suami lemparkan padanya. Pernah si isteri menangis sewaktu menyusukan anaknya.. Begitu sedih dan sayu hatinya.. Sikit pun dia tidak mengerti mengapa suami jadi begitu.. walaupun begitu, dia tetap merayu pada suaminya.. mengingatkan suami tentang tanggunjawab suaminya.
Dalam waktu yang sama, disaat dia merayu, suami pun terus text isterinya... "kalao kau tak jadi menantu yang baik, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Mengucap isteri apabila melihat "text message" dari suaminya. Ditalaqkan isteri sewaktu si isteri berada dalam hari pantang.
Persoalannya sekarang, itukah suami yang kita harap lindungi kita? Itukah suami yang kita kata, dia lah segala-galanya, dia lah sahabat, pertama dan terakhir, dan dia lah jalan pintas isteri ke syurga?
Itukah suami yang melindungi isterinya sepanjang tempoh kehamilannya.. dan kemudian ditinggalkan selepas si isteri bersalin? Ditinggalkan anak yang masih belum mengerti apa-apa.. setelah apa yang dibisikkan oleh ibunya sendiri.. itukah suami??
Dalam tempoh sepuluh hari, sepuluh hari sahaja.. rosak sebuah rumahtangga kerana orang ketiga, bukan kedua ya.. yang ketiga!! Faham-faham lah maksud tu.
Fikirkan lah..
Wednesday, 16 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Happy Mothers Day 2012
This year is my first year celebrating Mothers Day. Though it was difficult times for me and Adam, I am so grateful for my aunts came over and bought a cake to celebrate all the mothers in da house! :)
My mom cooked some food and some of my aunts came and brought some food as well.. It was fun..
How I feel after becoming a mom?
Well, though I was still in the process of recovery, I am thankful that God bless my life with Adam.. I never thought I would live this day as a mother.. Alhamdunillah. Thank u God! After I saw this lil bundle of joy that U have bless me with, what more could I ask for...
Though Adam came with huge responsibility, I know he is forever a blessing from God.. God knows how much I love him..and nothing can change the fact that I am his mother and he is indeed my lil angel sent from aboved.

Wednesday, 25 April 2012
FJ Benjamin Sale 2012
FJ Benjamin Sale April 2012
Its really a SALE not to be missed! Why? Cause they have lots of brands going on sale! Example: La Senza, Guess, Raoul, Nautica, Sottomarino watches, and lots more. This was my first time going for their sale. Held at Hilton Ballroom has made it so convenient to drop by.
As I entered the ballroom I was surprised to see so many people having their plastic bags full to the brim.. "Must be worth a buy?" I though to myself.. Seriously.. people are like stocking up these sales items for a year supply.
Raoul men top were going for 3 pcs for $150.. Guess Handbags going for 3 for $60... Guess Footwear were going for 4 for $80!! Oh my!! That explains!!
I search through the wagon that has lots of baby wear from Guess.. Hoping to grab a few pcs for my newborn.. Seriously its cheap!!! OMG!!! Unfortunately I got 2 pieces for $20. Worth a buy!!
What I noticed was many people was eagerly waiting for Raoul bags.. and this was my first time seeing men participating in this sale.. well usually u see in a sale like this, its the women who did the shopping and the guys would by the corner waiting for their women to get it done and over with.. But seriously this FJ Benjamin sale is worth to go and they did have great buys..
Overall.. its a thumbs up for FJ Benjamin to organise such events..

Wanita & Airmata
Wanita & Airmata
Sebagai wanita, airmata itu tidak lari dari kehidupannya. Seolah-olah airmata itu dijadikan khursus buat wanita.. Bila saat duka atau gembira, airmata lah teman yang paling setia menemaninya.
Namun airmata wanita seringkali disalah-ertikan oleh lelaki. Bila wanita mengalirkan airmata, dia dianggap lemah.. Paling menyedihkan apabila seorang lelaki atau suami sikit pun tidak mengendahkan airmata wanita atau isterinya. Sering aku tertanya-tanya mengapa airmata wanita dianggap lemah oleh sesetengah lelaki..
Tahu kah, wahai kaum lelaki, setitis airmata wanita jatuh mengalir mengambarkan betapa besarnya pengorbanannya yg dilakukan tanpa pengetahuanmu, tahukah kamu setitis airmata wanita itu ikhlas dari hatinya.. Setitis airmatanya mengambarkan tulusnya hatinya...
Petikan dari rakanmasjid.com
http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/571-air-mata-wanita.html
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Subscribe to:
Posts (Atom)