Wednesday 16 January 2013

Al-Fatihah

Kalimah Al-Fatihah.

Dulu, sewaktu aku kecil lagi, mak selalu suruh baca surah al-fatihah.. sebab dia kata, surah ni bagus.. Dalam hati, "apa maksud mak bagus? Tak ke semua ayat-ayat Allah itu bagus?" Namun, setelah meningkat dewasa, aku mengerti mengapa surah Al-Fatihah ni istimewa.

Selain surah ini diturunkan hanya pada Nabi junjungan kita, Nabi Muhamad S.A.W dan umatnya.. ia mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan yang hanya Allah sahaja yang tahu... Rahsia Allah itu bukan milik kita.. namun aku tahu dan merasakan kebenaran surah Al-Fatihah.. Ia menenangkanku dan ia adalah surah pertama yang aku pelajari setelah habis mengaji muqaddam...

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm

Di antara kelebihan surah Al-Fatihah yang juga ingin aku kongsi disini,

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang muslimin."

Doa...

 "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Al-Fatihah diturunkan pada Nabi Muhamad sewaktu israk mikraj... dan hargailah kalimah al-Fatihah bukan kerana ianya sekadar surah, tapi makna yang tersirat di dalam surah Al-Fatihah dan segala rahsia yang ada disebalik surah Al-Fatihah..

InsyaAllah.. dengan kebenaran Al-Fatihah, hidup kita sebagai muslimin akan bertambah baik dan insyaAllah dilindungi Allah sentiasa.. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment