Saturday 19 May 2012

Dugaan rumahtangga


Kisah Suami Isteri

Seringkali kita tanya mengapa ada perbalahan dalam kehidupan rumahtangga.. nak dikatakan rumahtangga ni memang banyak cubaan dan dugaan. Orang tua-tua suka kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam banyak-banyak dugaan rumahtangga, ada beberapa yang menarik untuk aku tulis.. salah satunya..ni sila baca kat bawah ni...

Satu contoh:

Kisah seorang suami yang tinggalkan isteri disaat-saat isteri sangat memerlukan suami. Saat-saat indah diawal perkahwinan memang indah sekali.. selepas 6 bulan melayari bahtera perkahwinan, si isteri sudah pun berbadan dua. Suami mana yang tak suka kan? Orang kata anak ni penyeri dalam keluarga. Isteri berharap sangat dengan kehadiran anak yang bakal dilahirkan, maka bertambah sayang lah si suami padanya. Sembilan bulan dia lalui pengalaman mengandung anak sulung. Anak yang dinanti dengan penuh harapan. Selama sembilan bulan itulah, terserlah kasih sayang suami pada isteri. Sinar matanya dan air mukanya jelas mempamerkan sayangnya dia pada isterinya.. Isterinya ditatang bagai minyak yang penuh. Dari situ, isteri mula merasakan indahnya alam rumahtangga dan lagi dengan kehadiran anak yang bakal dilahirkan... siapa yang tak mahu kan?

Setelah genap sembilan bulan, maka lahirkan putera sulung mereka. Comel sekali.. mana ada baby yang tak comel ye tak? ;) Si isteri percaya dengan kehadiran anak ini, makin bertambahlah kasih sayang suami pada mereka berdua. Saat isteri sarat mengandung, dia terpaksa lalui perlbagai kesukaran, yelah bagi yang dah pernah ngandung, mesti tahu kan? ;) Pada bulan kelapan dalam kehamilannya, Doktor mengesahkan yang bayi dalam kandungan dah stabil untuk lahir secara normal. Tiba pada genap bulan, iaitu setelah sembilan bulan, Doktor mengesahkan lagi yang bayi dalam kandungan dalam keadaan "breech", kata orang melayu pasar.. "song-sang" gitulah bunyinya.. bayangkan keadaan seorang isteri yang terpaksa menerima hakikat yang dia akan lahirkan anaknya secara ceasarian. Antara lahir secara normal dan ceasarian, ramai yang tahu ceasarian mengambil masa yang agak panjang untuk pulih daripada lahir secara normal. Suami kata, "takpe kalao dah macam tu kehendak Tuhan, kita terima ajer.." (senang kan orang lelaki ni cakap, padahal bukan dorang yang nak beranak pun!) Alhmadunillah, bayi itu lahir normal walaupun dengan cara ceasarian. Bayangkan bahagianya pasangan ni kan?

hah.. ia tak berakhir disitu.. tapi ianya bermula dari situ... suami bawak isteri balik ke rumah orang tuanya, walaupun sebelum ini, mereka duduk menyewa.. sebabnya: mereka mahu hidup berdikari setelah bernikah. Si isteri sebenarnya keberatan mahu tinggal bersama mertua kerana dia tahu sangat yang mak mertua dia ni lain cetak sikit! Mak mertua dia ni jenis memang tak suka dia dari mula.. bukan kerana si isteri ni jahat.. tapi sebab dia (mak mertua) kata dia tak hilang anak dia kalao anak dia dah kahwin.. boleh macam tu ke? nak kata jenis insecure, boleh jadi kot? nak kata tak ada laki, laki masih bernafas lagi, nak kata anak dia sorang ajer lelaki pun tak lah jugak sebab dia ni ada 2 lagi anak lelaki lain. Nak dipendekkan, sewaktu sebelum kahwin lagi, memang orang tua ni sedaya upaya mahu mereka berpisah.. dia nekad sangat tidak mahu anaknya berkahwin atas alasan tak nak hilang anak.. tak tahu lah dia belajar dari ulama mana yang kata, akan hilang anak kalao anak nak menghalalkan yang haram, iaitu melalui menikah.

kononnya, suami pujuk isteri yang mak dia boleh jaga isterinya sepanjang tempoh pantang.. walaupun isterinya tak yakin dengan kenyataan tersebut, namun dia tabah jugak dengan kehendak suami, sebab terlalu sayangkan suami yang telah banyak curahkan kasih sayangnya sepanjang kehamilan dan perkahwinan mereka, isteri pun setuju, walaupun berat hatinya.

kita semua tahu kan tempoh pantang bersalin adalah 44 hari, namun selepas 10 hari isteri bersalin, suami terus angkut kain baju anak dan isteri dan terus hantar dia pulang kerumah orang tua isteri. Si isteri tak tahu apa yang berlaku.. namun sepanjang 10 hari itu, mak mertua pandai betul main peranan. Sewaktu anaknya keluar bekerja, dia langsung tak endah pada menantunya yang masih belum pulih.Makan minum orang berpantang pun dia tak tahu.. selama sepuluh hari tu, dia bagi menantu dia makan lauk nasi dengan kuah air dan ikan masin...tiap-tiap hari!! cuba bayangkan.. Boleh muntah kan kalao hari-hari orang bagi kita makan ikan masin! Ikan masin tau..bukan ikan biasa! Namun apabila si anak pulang dari kerja, lalu dengan secara automatik mak dia boleh maniskan muka sambil konon nak ambil berat tentang menantunya. Si isteri tahu dan sedar semua tu..namun dia diamkan diri depan mertuanya dan dia cuba mengadu pada suaminya.. tapi memandangkan mak mertua pandai sangat berlakon depan anak dia, jadi si anak ni pun tak percaya lah. Tiba suatu masa, si isteri tak sengaja mempamerkan ketidakpuasan hatinya.. yelah orang baru bersalin..emosi belum stabil. Ditambahkan dipaksa duduk dengan mertua dan suami sikit pun tidak mahu memahami perasaan selama dia berada di situ. Dan pada waktu yang sama, si isteri nampak mak mertua berbisik dengan suaminya dan sejurus selepas itu, suaminya naik berang. Tak fasal-fasal dia marahkan isteri nya..tanpa sebarang alasan dan tanpa diberi peluang untuk si isteri bercakap.

Suami hantar isterinya pulang ke rumah mertuanya, dengan anak yang masih merah.. yang masih belum mengerti apa-apa lagi.. dari situ, dia tinggalkan isteri seorang.. walaupun dia tahu ibu dan bapa mertuanya bekerja, dah samalah dengan dia tinggalkan isteri dan anak nya sorang-sorang. Walaupun dia tahu isteri merayu jangan ditinggalkan..

Dengan kudrat yang ada, si isteri lah yang jaga anaknya siang malam tanpa mengharap apa-apa pertolongan dari sesiapa..namun tiap pertolongan yang dihulurkan, dia amat bersyukur. Si isteri yang bangun malam untuk menyusu anaknya, walaupun dalam keadaan yang belum sepenuhnya pulih. Siang malam isteri menangis..sedih kerana ditinggalkan disaat-saat dia sangat perlukan suaminya.. kerap kali dia hantar pesanan ringkas pada suaminya..merayu..jangan ditinggalkan dia dan anak mereka. Namun hanya jawapan yang kasar yang diterima dari suaminya. Ditambahkan lagi suami menuduhnya depression. Pelbagai cacian, pelbagai tohmahan yang suami lemparkan padanya. Pernah si isteri menangis sewaktu menyusukan anaknya.. Begitu sedih dan sayu hatinya.. Sikit pun dia tidak mengerti mengapa suami jadi begitu.. walaupun begitu, dia tetap merayu pada suaminya.. mengingatkan suami tentang tanggunjawab suaminya.

Dalam waktu yang sama, disaat dia merayu, suami pun terus text isterinya... "kalao kau tak jadi menantu yang baik, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Mengucap isteri apabila melihat "text message" dari suaminya. Ditalaqkan isteri sewaktu si isteri berada dalam hari pantang. 

Persoalannya sekarang, itukah suami yang kita harap lindungi kita? Itukah suami yang kita kata, dia lah segala-galanya, dia lah sahabat, pertama dan terakhir, dan dia lah jalan pintas isteri ke syurga?

Itukah suami yang melindungi isterinya sepanjang tempoh kehamilannya.. dan kemudian ditinggalkan selepas si isteri bersalin? Ditinggalkan anak yang masih belum mengerti apa-apa.. setelah apa yang dibisikkan oleh ibunya sendiri.. itukah suami??

Dalam tempoh sepuluh hari, sepuluh hari sahaja.. rosak sebuah rumahtangga kerana orang ketiga, bukan kedua ya.. yang ketiga!! Faham-faham lah maksud tu.

Fikirkan lah..

Saturday 12 May 2012

Happy Mothers Day 2012

This year is my first year celebrating Mothers Day. Though it was difficult times for me and Adam, I am so grateful for my aunts came over and bought a cake to celebrate all the mothers in da house! :)

My mom cooked some food and some of my aunts came and brought some food as well.. It was fun..

How I feel after becoming a mom?

Well, though I was still in the process of recovery, I am thankful that God bless my life with Adam.. I never thought I would live this day as a mother.. Alhamdunillah. Thank u God! After I saw this lil bundle of joy that U have bless me with, what more could I ask for...

Though Adam came with huge responsibility, I know he is forever a blessing from God.. God knows how much I love him..and nothing can change the fact that I am his mother and he is indeed my lil angel sent from aboved.