Thursday 22 March 2012

Coffee Time!!

Sambil-sambil baca topik pantang larang orang bersalin ni, sempat jugak kunyah chocolate Kit Kat.. hahaha.. hmmm banyak jugak pantang larang ni ye??? Rasa nya cam semua tak boleh makan? Then apa yang boleh kita makan?

Hmmm.. tapi kalau boleh cepat kurus makan makanan orang-orang berpantang ni.. tapi ada sesetengah orang cakap... kalao "Breast-Feeding" pun boleh turun jugak berat badan..

Selama aku mengandung ni, Alhamdunillah, takde alahan atau "morning sickness"! Cuma yelah dah sarat ni, berat sikit nak berjalan dan cepat lelah.. Nasib baik suami amat memahami.. hehehe.. kena sesetengah lelaki / suami..agaknye dah buat bodoh agaknye.. hahaha.. Kata orang makin sarat ni pun nanti kaki mula membengkak..tu pun aku cukup bersyukur kerana tak mengalami kaki bengkak.. cuma yelah water retention tapi di bahagian tangan dan jari-jemari.. Alhamdunillah..

Yang pelik tu, dalam keadaan memboyot ni ada jugak orang yang cakap aku lost weight?? hmmm.. tak nampak ke perut tengah memboyot ni.. namun kata suami ku, badan ku tetap sama dan muka ku pun tidak menunjukkan sebarang kenaikkan. Yang naik cuma perut ajer.. hahahaha..

Namun cubaan mengandung ni tak kurang hebatnya...namun aku bersyukur suami ku sentiasa bersamaku..jadi sikit pun aku tak rasa keseorangan..

Wednesday 21 March 2012

Makanan Lepas Bersalin (FYI)

Petikan: http://www.bengkungmoden.com/blog/resipi-didalam-pantang-bersalin/makanan-ibu-dalam-pantang-petua-orang-dulu-dulu/

Salam,
Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007.
Semoga ia menjadi panduan berguna buat ibu dan bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.